Surah At Takaatsur

Sempena Tahun Baru 1432 H, jom kita lebihkan usaha menghafal surah-surah lazim dalam Juz Amma. Bila jarang dibawa dalam solat, kenkadang ada yang kita masih tersekat2 bacaan dan tertukar2 tempat. Jom perbaharui tekad untuk hafal Juz Amma...moga dipermudahkan jalan oleh Allah SWT... aminn


Surat At Takaatsur adalah surat ke-102 dalam al-Quran. Surat ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah, diturunkan sesudah Surah Al-Kauthar. Dinamai At Takaatsur (bermegah-megahan) diambil dari perkataan At Takaatsur yang terdapat pada ayat pertama surat ini.



[1]
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
[2]
Sehingga kamu masuk kubur.
[3]
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
[4]
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
[5]
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
[6]
(Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
[7]
Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
[8]
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

1 comment:

  1. Manusia sibuk mengejar sesuatu yg memang akan ditinggalkan. Renung2kan.

    ReplyDelete