Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Seorang sahabat dari Rawang pagi2 lagi menelefon nak belanja breakfast, ajak satu family. Jadi apalagi, bersantai2 le kami dua family di Salam Sentosa lepas hantar Shilah yang ada kelas Bengkel pukul 8.00 di sekolah.
Sambil makan2 tu, banyak lah keluar citer2 tentang kehidupan seharian. Sampai lah terkeluar citer pasal karenah manusia yang kengkadang boleh menyakitkan hati. Sambil duk gelak2 tu saya ambil le peluang kongsi satu kisah yang moga2 dapat sama2 kami renung2kan bersama.....
...kisahnya begini.....
Pada suatu hari, seorang bapa yang sudah tua bersama anaknya yang berusia 10 tahun pergi ke pekan untuk menjual seekor keldai peliharaan mereka. Bapa dan anak tersebut berjalan kaki sambil menarik ikatan keldai yang hendak dijual itu.
Semasa dalam perjalanan, mereka terserempak dengan dua orang pemuda kampung itu. Mereka terdengar perbualan pemuda kampung itu…
“Bodoh betul bapak dan anak itu, ada keldai tidak mahu ditunggangnya”.
Si bapa tua tadi pon memanjat belakang keldai bersama anaknya. Mereka meneruskan perjalanan dengan menunggang keldai bersama-sama.
Tidak lama kemudian mereka terserempak pula dengan sekumpulan makcik-makcik yang sedang berbual-bual di tepi jalan. Mereka terdengar makcik-makcik tersebut mengata…
“Tak berperikemanusiaan betul bapak dan anak itu, keldai yang kecil itu ditunggangnya berdua…”
Terdengar kata-kata itu, bapa yang tua itu pon turun dari keldai itu. Bapa tua itu meneruskan perjalanan dengan menarik keldai yang ditungangi anaknya.
Selepas itu mereka terserempak pula dengan sekumpulan remaja yang sedang bermain guli. Mereka terdengar perbualan remaja itu…
“Teruk betul anak orang tua tu, tak patut disuruh bapanya yang dah tua menarik keldai tu…”
Si bapa terus menyuruh anaknya untuk bertukar tempat. Si bapa menunggang keldai dan si menarik keldai yang ditungganginya. Mereke pon teruskan lagi perjalanan.
Sampai di satu simpang, mereka beselisih dengan sepasang suami isteri yag sedang berjalan kaki. Si bapa tua terdengar pasangan itu bercakap sesama mereka…
“Kasihan budak kecil itu, tidak berhati perut bapanya menyuruh anak yang masih kecil menarik keldai yang ditungganginya..”
Mendengar kata-kata sinis itu, si bapa tua turun dari keldai dan berjalan kaki bersama-sama dengan anaknya seperti mula-mula mereka keluar rumah.
Sebelum sampai ke pekan mereka bertembung dengan beberapa orang lagi yang bercakap-cakap tentang perihal mereka. Tetapi si bapa dan anak itu tidak menghiraukan cakap-cakap orang itu. Mereka tetap meneruskan perjalanan mereka dengan cara mereka sendiri.

Kesimpulannya:
Dapat diambil pengajaran melalui cerita ini, bahawa....
- Kita tak berdaya nak puaskan hati semua orang disekeliling kita. Setiap apa yang kita lakukan memang akan sentiasa mengundang berbagai persepsi samada baik/buruk. Mereka yakin persepsi mereka betul, manakala kita pula tahu dan yakin tindakan kita betul.
- Kita harus terima hakikat, setiap kejayaan, kegembiraan kesenangan, keselesaan kita akan ada saja orang yang tak menyukai... itu lumrah kehidupan
- Apa2 pun, kita harus yakin dengan segala tindakan kita selagi ianya baik dan tidak menyakiti hati orang lain... tak payah lah kita nak peduli dengan apa orang kata.... sudah lumrah manusia memang sengaja suka mencari kelemahan berbanding mencari kebaikan dalam diri insan lain.
Salam kak fzi,
ReplyDeleteDgn malu2 saya datang pkasih ni.. ngee... maafla aritu tak dpt gi openhouse. mmg balik besut. :))
wah, nampak roti canai salam sentosa, terus saya datang. dah lama sangat tak pergi. yang fofular kami beli kat situ dulu ialah char kue teow sorang abang tu... bila abang tu dah takde kat salam sentosa, kami mcm dah merajuk. hihihi...
salam fzi,
ReplyDeletekita memang tidak dapat memuaskan hati semua orang, yang penting kita menjaga kepuasan hati kita sendiri
Yang utama kita sentiasa berbuat kebaikan dan berniat baik. Setiap manusia ada persepsi dan pandangan masing2. Itu hak mereka. Hak kita pula berbuat sesuatu yg dapat menyenangkan hati kita. InsyaAllah selagi ia tidak bertentangan dengan syariat maka teruskanlah segala kebaikan itu. Balaslah sebuah pandangan sinis dengan sebuah senyuman manis. Semoga dunia akan bertambah indah.
ReplyDeleteAssalamualaikum Fzi
ReplyDeletepuaskan hati kita dulu
sebelum puaskan hati orang lain
Wassalam
Wsalam nur...
ReplyDeletehehe...takpe, InsyaAllah len kali jemput datang.. :)
Itu ler, Salam Sentosa selalu jadi tempat breakfast lepas pegi pasar... :)
Wsalam ibuintan...
ReplyDeleteBenar dehhh... gayanya kena pikirin diri sendiri dulu baru pikirin orang lain...hehe
Tuan Sot...
ReplyDeleteBetul tu, konsisten kasik senyuman yang manis... nanti pandangan sinis akan malu sendiri... :)
Wsalam Tuan Rozali...
ReplyDeleteMemang iya... prioritinya cari kebaikan untuk diri sendiri... kita utamakan pandangan Allah lebih dari pandangan manusia...:)
Salam Fzi,
ReplyDeleteRelak aaar lepas raya. Semoga Fzi sihat. Best nampak tu, roti canai ker.
Tentang cerita keldai tu, begitulah kita ni kan, kalau terlalu dengar cakap orang tak menentu kita dibuatnya, tapi tak dengar langsung tak boleh jugak.
Jadi fikir2lah mana yang patut.
Wsalam kak ani...
ReplyDeleteBetul jugak tu kata kak ani....
..teringat saya apa kata ustaz satu hari tu...
"kalau ada orang tegur2/kata2 kita, itu tandanya dia agak prihatin dgn kita, nak juga ambik tahu.... itu lebih baik daripada sidia buat tak tahu/buat tak peduli/buat tak kisah langsung dgn kita..."
Wallahu'alam