Kuliah Subuh

Alhamdulillah, pagi Ahad sempat le ke masjid untuk sesi Kuliah Subuh. Dah siap2 bagitau suami tentang azam untuk ikut pegi setiap pagi Ahad. Dah berkira2, habis kuliah pukul 7, boleh lah kami terus ke pasar singgah beli lauk.

Ahad lalu, ustaz yang mengisi slot Kuliah Subuh ialah Ustaz Zahidi. Ustaz, selama ini kami kenali melalui Kuliah Maghrib yang sering menyampaikan ilmu berpandukan Kitab Penawar Bagi Hati. Suami saya selalu teruja tiapkali berpeluang untuk duduk mendengar tazkirah yang disampaikan beliau. "Bahasa ustaz sedikit berbunga2 dan sedap didengar...", kata papa.


Sebahagian isi kuliah:

Bersyukurlah kita pada Allah dengan nikmat Iman dan Islam yang dikecapi. Beramallah agar beroleh manafaat melalui umur yang ada, amal yang ada dan rezeki yang diterima. Banyakkanlah bersyukur kepada Allah. Jauhi dari berbuat perkara yang dilarang. Mohon dipelihara kita dari mendapat murka Allah.

Hati kita jangan dibiarkan lalai. Apabila hati lalai, maka akan menjadi tempat duduknya syaitan. Kadang kita berniat baik, tapi ada kalanya kita berniat tidak baik. Semua ini adalah lintasan. Lintasan yang baik datang dari Allah manakala lintasan yang tak baik datang dari syaitan.

Tapi sebagaimana hadis Rasulallah SAW, semua syaitan diikat di bulan Ramadhan. Jadi yang tinggal adalah nafsu yang menjadi penghalang pada kita untuk berbuat amal. Bila nafsu menjadi penghalang, kita jadi berat untuk melakukan amal, berat pada agama. Semua itu adalah dorongan sifat syaitan. Kita tetap mengaji quran, tapi mengaji dengan hati yang berat, solat juga tapi rasa berat..... maknanya kita buat ibadat tapi dalam keadaan tak bersegera.

Maka dengan itu hendaklah kita mohon pada Allah agar dikurniakan pandangan mata hati dalam kita memandang hikmah di sebalik apa yang berlaku di sekeliling kita. Pandangan mata hati tak sama dengan pandangan mata kepala. Pandangan mata kepala hanya melihat pada luaran dan pada zahirnya saja. Contoh; Bila kita tengok orang yang dah selesai dikebumi, kita pun kata..."Ohh dah selesai la semua masalah orang tu, dah meninggal pun...."

Sebaliknya berbeza pandangan dari sudut mata hati kerana bilamana kita tengok keadaan tersebut, hati akan berkata2.... "Telah bermula masalah.... jika baik InsyaAllah akan beroleh kesenangan di akhirat.... dan jika tak baik maka akan beroleh kesusahan di akhirat nanti..."

Satu lagi contoh menarik yang ustaz sebutkan.... iaitu tentang sos yang kita makan. Di dalamnya ada rasa lemak2, manis dan juga masin. Melalui pandangan mata kepala, mampukah kita cari di mana letaknya santan, gula, serta garam dalam sos tersebut? Mari sama2 kita fikirkan....



*******

Teringat saya pada kuliah dalam radio yang didengar berkaitan dengan mata hati ini. Ustaz mengajak kita merenung dengan mata hati dalam bab bersedekah. Rajin bersedekah adalah antara hikmah yang dapat diperolehi berkat dari hadirnya bulan Ramadhan. Bila kita berpuasa, Allah telah sentuh hati kita untuk turut merasakan kesusahan orang2 miskin. Contoh: Macam kita, untuk juadah nak berbuka hari ini dah boleh rancang dari pagi lagi nak makan apa, minum air apa dsb. Sebaliknya tidak bagi orang miskin. Orang2 yang susah tidak ada plan tentang apa yang akan mereka makan dan minum. Orang yang benar2 susah bukan baru susah setakat sehari dua, sebulan dua tetapi mereka dah berada dalam keperitan bertahun-tahun.

Maka, jika kita dapat memandang perkara ini dengan mata hati, kita akan jadi amat bermurah hati untuk lebihkan bersedekah di bulan puasa ini..Kita akan mengeluarkan sedekah dengan penuh rasa kasih sayang terhadap orang2 yang susah dan memerlukan bantuan.

*******

.....Berbalik pada isi kuliah subuh, ustaz tegas mengingatkan....
Manafaatkanlah kelebihan berfikir yang Allah kurniakan kepada kita. Kelebihan orang yang berakal, dia akan dapat:
  1. Berfikir pada kejadian. Sesiapa yang berfikir tentang kejadian Allah, InsyaAllah dapat petunjuk dari Allah Taala. Bila kita pandang, kita fikir, hasilnya ilmu. Contoh: Pergi ke laut kita nampak Allah, tengok ke langit, kita nampak Allah. Jika ini berlaku, nescaya dapat tinggikan tauhid kita kepada Allah SWT.
  2. Berfikir tentang hampirnya kita pada mati/ajal. Bila berfikiran demikian, niscaya
  • akan putus lah cita-cita untuk berlebih2 dalam dunia. Cita2 untuk sentiasa muda akan putus, cita2 untuk banyak berehat juga putus.
  • akan segera bertaubat
  • akan rajin beramal soleh
3. Berfikir akan akhirat....

Wallahu'alam.

6 comments:

  1. Sama-sama...
    timakasih juga buat mak su yang sudi membaca.. :)

    ReplyDelete
  2. salam dari warkah bonda fzi..
    fzi jemput datang ke teratak dyla..
    ada blog award daripada dyla :)

    terima kasih atas segala penulisan2 ilmiah daripada pandangan kasih. :)

    dyla qistina

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, sebuah perkongsian ilmu yg baik. Ustaz ada mengatakan perihal 3 makhluk Allah:
    1. Haiwan - ada nafsu tiada akal
    2. Malaikat - tiada nafsu ada akal
    3. Manusia - ada nafsu ada akal

    Sebab itu walaupun syaitan sudah dibelenggu di Ramadahan ini, tapi manusia terpaksa berlawan dan sering tewas juga dgn nafsu. Lawanlah nafsu itu, Istiqamahlah dlm ibadah dan tingkatkan usaha untuk ditemukan Allah dgn Lailatul Qadr.

    ReplyDelete
  4. Wsalam Dyla...
    Ohh ada award lagi dari Dyla...sukanya.. tQvM Dyla... nnt akan ke sana ambik.

    Timakasih sudi menjengok pkasih.. :)

    ReplyDelete
  5. Rite pa... sama2 kita mohon agar Allah bantu kita untuk dapat istiqamah dalam beramal di bulan Ramadhan ini. Tiada daya dan upaya kita melainkan dengan bantuan Allah. Contoh: tidak akan terjaga kita di tengah malam untuk bangun bertahajjud tanpa pertolongan Allah. Kadang terjaga, tapi rasa berat hati untuk bangun solat, kadang terbangun tapi hanya sekadar ke bilik air.
    Moga Allah rezekikan kita untuk turut tersenarai sebagai orang2 yang dapat bangun malam dalam usaha memburu Lailatul-Qadar...aminnn

    ReplyDelete