Petang semalam, saya siapkan makan malam awal sikit dari biasa. Dah plan dengan papa untuk ke Majlis Forum Israk Mikraj di masjid. Berkobar semangat bila dengar forum tersebut akan dipengerusikan oleh Ustaz Ridhuan Md Nor dan akan turut disertai oleh tokoh ilmuan Ustaz Dasuki sebagai salah seorang ahli forum.
Sampai2 di masjid, orang dah ramai. Dalam sesak2 cari parking, alhamdulillah ada pun terselit satu parking kosong untuk kami... :)....syukurlah...
Bila melangkah masuk ke ruang solat wanita, nampak kengkawan termasuklah Laila, Dr, Ti Pusat Zakat, Kiah, Zu dan beberapa orang lagi dah siap2 mengambil tempat... Intai2 cari makcik Kay, tak nampak pulak duduk belah mana. Ada tu, dalam ramai-ramai.
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " (Surah Al-Israa' 1)
Ustaz Dasuki membacakan ayat tersebut sebagai intro sebelum menyambung ucapan beliau berkaitan dengan Israk Mikraj. Sambil menceritakan sepintas lalu perihal peristiwa tersebut, ustaz mengingatkan agar kita semua hendaklah cuba merenung serta menghayati peristiwa perjalanan yang telah dilalui oleh Rasulallah SAW itu.
Ucaplah syukur kerana Allah telah memanjangkan umur kita hingga dibolehkan kita masuk ke dalam bulan Rejab seterusnya InsyaAllah bulan Syaaban selepas ini. Ini adalah kerana kedua-dua bulan ini adalah dua bulan persiapan untuk kita semua sebelum kita melangkah masuk ke bulan Ramadhan...InsyaAllah.
Ramadhan adalah bulan berkat, bulan untuk melahirkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Di bulan tersebut kita diwajibkan berpuasa penuh sebulan dan disunatkan melipatgandakan semua amal soleh. Justru, dua bulan terawal ini seeloknya kita membuat latihan... dalam kata lain, kena lakukan warm-up terlebih dulu, contoh:
- bagi yang selama ini tak berapa rajin baca Quran, kena lah rajin,
- yang kurang menderma cubalah mula menderma,
- bersedekah,
- berpuasa sunat
- melakukan solat sunat
- dengar kuliah agama,
- datang ke surau/masjid dan sebagainya.
Kata ustaz lagi...
Kena baiki diri....solat lah di awal waktu dan jaga aurat. Jangan kita berterusan berkelahi sesama sendiri. Orang mukmin adalah bersaudara di antara satu sama lain. Kita kena cari jalan untuk damai. Nak damai, kenalah balik pada Al-Quran dan As-Sunnah. Baru boleh bina kekuatan orang Islam. Manafaatkan sepenuhnya keberadaan kita dalam bulan Rejab - Syaaban seterusnya menanti kedatangan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan...
Wallahu'alam.
**nota: Jemput tengok n3 'Perihal TAQWA' *sila klik di SINI* yang turut menjelaskan perkara berkaitan. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Amran bertempat di Surau Al-Bayan.
thanks fzi, utk peringatan ini
ReplyDeleteSama2 Mak Su... peringatan buat diri saya juga... sama2 kita berkongsi manafaat..InsyaAllah
ReplyDeletesalam kak fzi,
ReplyDeleteOh.. best mendengarnya. my hubby ada bgtau. tapi kami tak pegi. masing2 tak bape sihat. Terima kasih,kak. bagtau rumusan kuliah. Seronok mendengarnya. :D
Wsalam nur...
ReplyDeleteTakpe la nur...akak pun pegi yang mana ddan je...
Alhamdulillah sama2 kita sampai2kan dan ambil manafaat dari majlis ilmu... InsyaAllah moga tahun ini lebih bermakna bagi kita dari tahun2 sebelumnya.. :)
ooo... skrg dok ganti posa yg tinggal aritu...
ReplyDelete10...
ReplyDelete..anak akak yang kat Nilai tu dah siap2 remind suh mama posa esok (Sabtu).. :)
assalam kakfzi.
ReplyDeleteapa khabar? dah lama rasanya tak singgah sini n byk tertinggal n3 menarik. t.kasih sudi berkongsi ilmu. selamat menyambut bulan syaaban.:))
Slmlkm fzi..
ReplyDeleteRejab dah nak pergi, Syaaban mnyusul n x lama lagi Ramadhan..Skejap betul msa berlalu.. smoga smakin bertambah umur kita smakin bertambah pula iman n taqwa kita thdap Allah swt..
smoga skeluarga diberkati Allah swt..
Wsalam anis...
ReplyDeleteAlhamdulillah akak sihat... harap anis sekeluarga pun ok.. thx tanya kabar akak kat sini.. :)
Sama2 kita share any info yang baik, kan anis...
Ucapan yang sama buat anis, selamat menempuh Syaaban bermula hari ini... :))
Wsalam kak sue...
ReplyDeleteHari ini 1 Syaaban, sama2 kita semak balik jadual harian masing2, kan kak sue...
Pakat2 kita mohon pada Allah moga digerakkan kita agar makin improve kualiti dan kuantiti amal, agar tidaklah masih ditakuk lama.. aminn
Thx kak sue.. :)
Semalam dapat sms dari seorang sahabat yang tinggal berhampiran... saya kopipes kan dekat sini sebagai tanda ingatan.. thx fatihah...
ReplyDelete"Salaam. Blog akak byk mperbaiki diri ini. Dr muhasabah ke up grade diri ini. Tkasih ilmu2 akak."
Sms reply buat fatihah...
"Wsalam.. Alhamdulillah timakasih fatihah. Apa yang akak tulis tu khusus utk ingat2kan diri sendiri yang sokmo lalai. Sama2 kita cuba improve, kan fatihah..."
salam kak fzi..lama sue tak bersiaran kat blog. seronok baca blog kak ni, selalu ada program ke masjid. Alhamdulillah
ReplyDeleteWsalam Sue..
ReplyDeleteItu ler, lama sue tak ke udara... hepi blogging balik.. :)
Timakasih... akak akan cuba untuk terus kongsi any info/ilmu yang dapat dari mana2 majlis ilmu supaya tidaklah ia berhenti setakat dalam diri sendiri sahaja... moga menjadi ilmu yang bermanafaat..aminnn