Surah Ar-Rahman
Nak kongsi dialog antara saya dengan Shilah di ruang tamu malam tadi....
Saya: "Shilah, tadi mama baca dalam satu buku, kata.... bila kita mati nanti akan ada tengkuk2 neraka..... tugas dia hanya pagut orang2 kafir dan munafik pastu humban masuk neraka. Tengkuk2 tu tahu bezakan mana orang kafir, munafik dan mukmin. Jadi mereka tahu nak pagut yang mana satu....Selepas semua puak kafir dan munafik dipagut oleh tengkuk2 neraka dan dihumban ke dalamnya, maka yang tinggal hanya golongan mukmin je...
Ish takutnya...."
Shilah: "Oh iya mama?....eeee......", balas Shilah dengan wajah yang berkerut2.
Saya: "Itu la.... mama harap Shilah kurangkan ek dengar lagu2 hiburan tu kat telinga, kadang dengar orang ngaji sama.... hmmm...dah masuk Juzuk Amma sama dalam Mp3 tu?"
Shilah: "Lom lagi....shilah nak masuk Surah Ar-Rahman...."
Saya: " Oh! caner yang Shilah jadi minat nak Surah tu?"
Shilah: "Ada satu pagi tu, masa tengah bersiap nak gi sekolah, ada budak suara best je baca surah tu dekat radio...."
Alhamdulillah.... Allah sentuh hati anakku dengan Surah Ar-Rahman di suatu pagi .... syukur.... :)
salam kak fzi,
ReplyDeleteMoga kakak sentiasa jadi anak yang solehah dan cemerlang. Selamat hari ibu,kak fzi. Moga bahgia selalu bersama keluarga tersayang..
Wsalam nur....
ReplyDeleteYang ni Shilah anak akak yang paling kecik...now form 3... hepi akak bila dia suka dengar bacaan surah Ar-Rahman... Harap2 macam nur kata lah, moga jadi anak yang solehah dan cemerlang...aminnn
Timakasih atas ucapan nur, Selamat Hari Ibu jua buat nur...
salam kakfzi. selamat hari ibu. maaf terlewat sy mengucapkannya. smlm tak sempat nak berziarah.
ReplyDeletesebagai ibu, kita mengharap n berdoa yg terbaik bg Allah buat anak2, di dunia n berlebih lagi di akhirat. mudah2an doa kita dimakbulkan Allah SWT kakfzi. AMIN...
Alhamdulillah anakku Iman Asilah, rinduilah Al-Qur'an mukjizat yang agong, untuk memberi ketenangan jiwa dan panduan sejati erti kehidupan.
ReplyDelete1. Rajinlah membacanya
2. fahamilah terjemahannya
3. dan dalami maksud dan tafsir ayat2 Allah ini.
Al-Qur'an itu adalah 'manual lengkap'. Jangan berhenti belajar untuk memahaminya.
Wsalam anis...
ReplyDeleteUcapan yang sama buat anis...Selamat hari Ibu... :)
Sekarang ni anak2 kita bukan lagi hanya berdepan dengan didikan dan asuhan ibu-bapa dan guru2 je anis, sekarang ni didikan datang dari banyak pintu termasuklah dari sumber TV dan Internet yang kebanyakan dari kita pakat2 duk mengadap tiap hari ni...
Di sini lah pentingnya anak2 kita perlu dimantapkan dengan jati-diri yang kuat, sekurang2nya dapat bezakan mana yang boleh bagi kebaikan dan mana pula yang boleh datangkan mudarat... Mohon pada Allah pertolongan dalam usaha ini kerana tiada daya dan upaya kita sebagai hamba Allah tanpa pertolongan dan kekuatan dari-Nya...
Alhamdulillah pa, mama tengok shilah selalu positif tiap-kali kita bagi nasihat atau pesanan... harap2 berpanjangan nilai murni tu... :)
ReplyDelete