Kisah seorang ayah dengan 3 anaknya...


Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Adlin, kedua bernama Aiman dan ketiga bernama Afzam. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Aiman. Sayangnya dengan Aiman langsung tidak diberinya keluar rumah.

Si polan ini sayang juga dengan Adlin.
Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jeti) dan ke sekitar kampung.

Almaklum anak yang ketiga iaitu Afzam, kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan pernah sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi
makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung Raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Aiman."Aiman, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Aiman? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Aiman tak pernah keluar rumah jadi macamana Aiman nak hantar ayah ke sana sebab Aiman tak tahu jalan. Kalau mahu, Aiman hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Aiman sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Adlin..."Adlin, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang
dijawab Adlin? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Adlin tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Adlin nak hantar ayah ke sana sebab Adlin tak tahu jalan. Kalau mahu, Adlin hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Adlin itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu"
jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Afzam.

"Hei Afzam, tolong hantar ayah ke pulau seberang..


...Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.."

Lalu Afzam menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan. Timbul rasa menyesal dihatinya kerana
tidak menyayangi anaknya Afzam sedangkan Afzam sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Aiman hanya menghantar di pintu pagar rumah, Adlin pula menghantar sampai ke penambang manakala si Afzam mengikut ayahnya mengayuh kolek.

Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda lalu hujan lebat pun turun.


Terkial-kiallah mereka mengayuh...akan tetapi... disebabkan si polan yang dah tua dan si Afzam pula berbadan kurus kering kurang berdaya maka karamlah mereka berdua terkubur di lautan.



Moral :

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Aiman ialah HARTA-BENDA,
Adlin ialah ANAK-ISTERI, dan
Afzam ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Aiman dan Adlin tapi tidak pada Afzam. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang ke rahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Afzam. Aiman tinggal dipintu pagar dan Adlin hanya tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dengan akhirat dan rukun Islam yang lima .


Source : Kisah tauladan


4 comments:

  1. salam kak fzi....
    satu cerita yg menarik...kadang2 kite terlupa kepada kematian sebab terlalu asyik mengejar kemewahan didunia ni...

    ReplyDelete
  2. cerita yg baik utk dijdkan teladan!

    ReplyDelete
  3. Wsalam ainnoraini...
    Alhamdulillah, akak dapat citer ni masa bukak e-mail pagi tadi...masa mula2 baca intro, rasa nak baca sampai habis...terus jatuh hati, kopipes dan masuk blog... sama2 ambik manafaatnya kan ain... thx :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ain... cerita tu bagi akak 2 in one mesej nya.... (1)jangan pilih kasih pada anak2
    (2) kena prihatin terhadap keperluan amal-soleh menuju destinasi. Moga bekal kita padat dan berisi...aminn

    ReplyDelete