Doa Ketika Bersin

kakak n the gang ramai2 ke kenduri kawin Kg Keliang

"K
enapa kena doakan orang yang bersin?"

Shilah macam biasa cepat2 tanya kalu ada kemusykilan di hatinya... :)

"Sunnah Rasulallah lah Shilah...." Dalam ramai2 abang yang volunteer jawab.

~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah, semasa dalam perjalanan kami sekeluarga nak hantar kakak ke Kg Keliang untuk majlis kawin kawannya Sabtu lalu, terkeluar kisah pasal Doa Ketika Bersin ini.

Ceritanya bermula bila tiba2 je papa bersin dengan kuat waktu tiba di satu selekoh tajam semasa kami melalui jalan BB - Rasa - Kuala Kubu Bharu. Dah la saspen dengan jalan yang berliku-liku di tengah2 kolam ikan dan paya tu, semua dalam kereta jadi terkejut bila papa tiba-tiba...
"Haa...chummm!!!

Papa terus ucap "Alhamdulillah" lepas bersin...... kemudian cepat2 disambut oleh saya dengan doa "Yarhamkallah...."

Bermula dari situ lah, jadi panjang lebar sume duk bincang pasal keperluan mendoakan orang yang bersin ini. Kakak dan abang yang terer bahasa Arab siap bagi sebutan dan definasi yang berbeza bagi doa untuk orang perempuan dan orang lelaki. Siap hurai2 lagi....alhamdulillah terer anak-anakku. Tak sia-sia hantar sekolah agama.... :)

~~~~~~~~~~~~~

Memang Sunnah Rasulallah SAW agar kita mendoakan orang-orang yang bersin sepertimana ada tersebut dalam hadis:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”).
Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Manakala menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 242)



12 comments:

  1. hah btol tu..mmg mendoakan kan org yg bersin tu sunat di lakukan, kerana ia adelah salah 1 yg rasulullah sebut hak muslim ke atas muslim yg lain..

    ReplyDelete
  2. in fact,
    sebenanye time kite bersin tu nyawa kite terhenti sekejap...
    oleh itu, kite kene la sebut alhamdulillah sebab Allah sambung balik nyawa kite time tuh....
    thats why la... =))

    ReplyDelete
  3. kak fzi, napa org bersin tak boleh buka mata? haaa...jwb kak, jwb...

    :)

    ReplyDelete
  4. Thanx bang berkongsi ilmu... ohh kebetulan pulak ustaz abg suh hafal utk exam FIM (understanding in Islam) ari tu ya... :)

    ReplyDelete
  5. kakak...
    Ohh tq sampaikan balik apa2 yang ustaz kakak citer2 dalam kelas tu... banyak ilmu ustaz2 kakak tu, sume belajar tinggi2... any other info menarik, boley share lagi... :)

    ReplyDelete
  6. Intan...
    .. akak no idea... intan je lah citer...hehe

    ReplyDelete
  7. Bersin ni pun nikmat. Kalau Allah tak bagi bersin susah jugak kan? Kalau tak silap ada satu fakta iaitu hembusan bersin itu boleh mencapai kelajuan melebihi 100km sejam. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  8. Woww...laju tuh 100km/j... :)
    tq for the info pa... mungkin soheh... wallahu'alam..

    ReplyDelete
  9. Bersin yang tak jadi sangat menyiksakan, jadi patutlah sangat diucap Alhamdulillah bila dapat bersin dengan sepuas2nya.

    Tapi kalau bersin masa memandu risau jugak, sebab seperti intan kata, bila bersin mata tertutup.

    ReplyDelete
  10. Kak Ani...
    hehe betul tu, kalu dapat lepas bersin tu, legaaa rasa...
    Time drive tu memang lah, tak boleh lepa sikit, kadang mata terlepas pandang ke kiri kanan jalan sekilas pun boleh bawak bahaya...

    ReplyDelete
  11. kak... org tua2 ckp... bersih tu kuarkan segala penyakit... betul ke?

    ReplyDelete
  12. 10...
    betul la tu kot...hehe
    orang tua2 biasanya bercakap dari pengalaman 10...maklum lah dah banyak merasa asam garam kehidupan... :)

    ReplyDelete