Program Bumi Hijau




"Salam.. kelas hari ni dibatal, jumaat jemput datang bumi hijau, tq..."

Begitulah bunyi sms yang dikirim oleh kak An hari Rabu lalu. Kelas ustaz cancel Rabu tu tapi kak An tak lupa remind sekaligus war2kan lagi pasal program BUMI HIJAU yang akan berlangsung pada hari Jumaat iaitu hari ini....

Jadi lepas dah siap settle kerja2 kat rumah tadi, saya terus bergerak ke Surau Ar-Bayan untuk ikut memeriahkan program tersebut. Sampai2 je, lori dari Jabatan Pertanian dah siap ambik tempat dah dalam kawasan surau berhampiran dengan ruang legar yang berbumbung. Dah siap bersusun kerusi untuk tempat duduk kami, para ibu dan juga beberapa orang kaum bapa *kebanyakan nampak macam pakcik2 pencen*

Sementara menunggu program bermula, saya dan kengkawan mengambil peluang melihat2 pokok2 'for sale' yang dibawa khusus untuk jualan pada hari ini. Tanah yang dah siap berbaja campuran pun turut dijual dengan harga RM2 sekampit. Jambu air pun ada.....bukan pokok je, ada dengan buah jambunya sekali. Gemuk2 buahnya tentu cukup baja dan cukup bela....hehehe

Saya pun apa lagi, terpukau lah jugak, terbeli lah pokok limau kasturi sepokok RM5,

pokok terung bulat RM1,

tanah 5 kampit @ RM10
dan buah jambu air 2kg @ RM9.
Ishk
.... makin seronok dan teruja bila masa tengah beli2 tu tiba2 nama kita pulak dipanggil. Rupa2nya ahli yang mendaftar untuk majlis hari tu dapat kit percuma *satu plastik besar yang didalamnya ada alatan berkebun, racun semburan untuk kulat, baja organik 2 kampit dan biji benih sayur-sayuran seperti kailan, bendi, kacang panjang, bayam dll* ......hihihi....sume seronok.....biasa la rasa seronok nya lain macam bila dapat barang2 free macam nih.... :))
Banyak tip dan ilmu yang dapat dari program ni....Alhamdulillah...
Antara yang ingin dikongsi untuk sama2 dapat manafaatnya termasuklah:

  1. Betik ada virus. Virus ini hanya boleh membiak dalam betik dan akan duduk dalam betik. Jadi sekarang Jabatan Pertanian tidak galakkan kita untuk terus menanam betik. Adalah dinasihatkan untuk tidak meneruskan apa2 projek untuk tanaman betik. Walaupun virus itu tidak memudaratkan manusia, namun ia akan berpindah di kalangan betik yang ditanam. Sila klik di SINI untuk lebih info.
  2. Cili adalah tanaman paling sensitif. Kalau diikutkan kena asap rokok pun tak boleh.... daun dia akan jadi berkedut dan pokok akan nampak sakit.
  3. Untuk basmi serangga perosak elok blend bawang putih, cili api dan serai wangi. Lepas itu dibancuh dengan air, tapis kemudian di spray ke pokok2 untuk mengelakkan dari serangan serangga pada pokok. Kalau ada bau bawang putih, ada bau serai wangi, dah cukup bagus untuk pokok. Kesimpulannya elok kalau nak cuba basmi serangga guna kaedah herba ini.
  4. Cuba sedaya upaya elakkan dari menggunakan Malathion(sejenis racun serangga). Jika tak dapat elak juga, gunalah dengan berhati2. Kalau spray tutup dahi kerana dahi terdedah pada 7 kali ganda bahaya jika terkena racun serangga. Kita selalunya hanya utamakan tutup hidung dan mulut tetapi selalu abaikan bahagian dahi. Dikhuatiari jika racun terkena pada dahi, akan terus masuk ke otak.
  5. Basuh bersih serta rendam sekejap sayur yang dibeli sebelum dimasak. Sebabnya sayur2 yang ada di pasaran itu banyak terdedah pada semburan racun serangga...hampir 90%.
  6. Untuk kesuburan pokok, jangan hanya tertumpu pada baja organik sahaja. Kena selang-selikan juga dengan baja 15: 15: 15 yang terdiri dari nitrogen: fosforus: K(untuk keluar bunga)
  7. Untuk pokok buah-buahan jangan biarkan melebihi 20 kaki. Jadi kena cantas tapi jangan cantas waktu panas terik.
  8. Tanaman pun makhluk Allah, jadi kena juga dibelai, bercakap2 dengan nya dan bagi cukup makan.
  9. Pokok yang subur perlukan cahaya matahari, udara dan air.
  10. Pokok memerlukan stress. Kalau lama tunggu pokok tak keluar buah, sakitkan sikit dia dengan cara meluka-lukakan sedikit dahan2nya. InsyaAllah akan mula keluar buah akhirnya...dengan izin Allah...Wallahu'alam.
  11. Tanah campuran yang sempurna untuk pokok ialah dalam nisbah 7: 3: 2 iaitu tanah merah 7 bahagian, sabut 3 bahagian dan sekam padi bakar 2 bahagian. Boleh ditambah 1 bahagian lagi dengan baja tahi ayam.
  12. Polybag elok dilipat di bahagian atas selepas dibubuh tanah sebab banyak kebaikannya termasuk senang untuk di alih-alihkan polybag ke sana ke mari, air siraman rata kena kat semua bahagian tanah bila ruang polybag terbuka luas. Jika tidak, air siraman akan terhalang oleh tepi2 polybag yang melintuk tidak tentu arah lebih2 lagi bila pokok dalam polybag makin membesar.
Sama2 kita manafaatkan masa yang terluang di hari2 minggu.
Jom berkebun...tak rugi berbudi pada tanah.... :))


8 comments:

  1. Bagus jugak program ni. Nak bagi kita bersemangat menghijaukan bumi. Green day Every day !!

    ReplyDelete
  2. Salam Fzi,

    Bestnya dapat kita pertanian.

    Tip bertanam ni boleh jugak kita apply kat pokok orkid agaknya yer.

    ReplyDelete
  3. salam kak, wah seronoknya berkebun kan kak, anie pun tgh mikir nk berkebun jugak di kg ni kak...Insya_Allah jika ade masa terluang nanti, thanks kak kongsi ilmu yg berguna ni

    ReplyDelete
  4. Papa,
    Memang best program semalam tu...semua yang hadir nampak teruja dapat macam2 info pasal berkebun...mama rasa semua tak sabar nak balik umah berkebun...hihi

    ReplyDelete
  5. Wsalam kak ani...
    Itu la...suka dapat hadir majlis2 cam ni...banyak manafaat buat mereka yang minat gardening.. :)
    Tip tu rasanya khusus untuk kita apply kan pada pokok buah kak ani...hihi

    ReplyDelete
  6. Wsalam Anie...
    Sama-sama.. :)
    Ohh elok tu anie pun nak berkebun...akak ni baru lepas tanam pokok limau kasturi yang beli semalam. Tolong tengok je, hsbd yang tolong tanam...hihi.. Hopefully subur lah pokok tu sampai boleh makan hasil nanti InsyaAllah...
    Akak tanam kat luar pagar...dah pasang niat kalu berbuah boleh je sesapa nak ikut petik buahnya. Pokok limau kasturi InsyaAllah lebat buahnya... moga hajat kesampaian... :)

    ReplyDelete
  7. bagus ilmu ni leh manfaatkan kak...thank's shere..

    ReplyDelete
  8. naftalena76...
    Alhamdulillah... sama2 ambil manafaat apa yang baik..
    Thx singgah blog akak.. :)

    ReplyDelete