Salam pagi Jumaat....
Selepas balik dari kem motivasi tempohari, Shilah macam bersemangat sekali mintak saya ubah susunan perabot dekat living.
Katanya, "mama....apa kata kita buat mini library!"
Hah! Ada la tu mesej berguna dapat dari para fasilitator di kem hari tu. Mesej yang dah berjaya menyuntik semangat baru dalam diri Shilah, balik dari kem. Sedikit berbeza dari Shilah yang sebelum pegi kem... hehe
Saya pada mulanya buat endah tak endah je dengan permintaannya itu. Tapi rupa2nya Shilah masih tak putus asa walaupun nampak saya buat tak tau. Dua tiga kali lagi lepas tu pasang strategi, cuba ingatkan lagi saya pasal mini library.
Ohhh kesian pulak rasa..... Jadi, di suatu pagi yang hening *...ceywah.... hehe... * tak ingat hari apa tapi satu hari di minggu lepas, maka tergeraklah hati untuk sampaikan hajat Shilah tu. Grung grang grung grang.... sibuk lah saya ngalih2 lemari dan kerusi sorang2....lepas tu sambung pulak susun buku2 tu sume masuk rak balik....owhh penat!
Sampai2 je Shilah balik dari sekolah, terus senyum sampai ke pipi bila tengok dah wujudnya satu sudut kecil di ruang tamu yang boleh la kot dipanggil 'Mini Library'..... hehe....jadi laa.....
Orite....mama harap Shilah hepi ya sebab hajat dah kesampaian.... Selamat Membaca ya anakku! :D
Alhamdulillah ada mini library di rumah.
ReplyDeleteSalah satu kegemaran kak hanim dan anak-anak juga membaca. Jadi dah dirumah jugalah almari buku ni untuk simpan buku2/kitab yang dibeli disimpan di situ untuk rujukan kami sekeluarga. Susah rasanya kalau tak ada rak buku.
Kak Ani...
ReplyDeleteMini library tu betul2 yang mini punya....hehe...
jadi la kan kak ani... :)
Elok tu kak ani, sume kat rumah gemar membaca... buku memperkaya minda... buku menambah ilmu...saya selalu ingat pesanan ustazah kat kelas tafsir dulu..."..banyakkan baca buku dan hadir di majlis ilmu...berbeza kita yang berilmu dengan orang yang tak berilmu..."
ok la tu ada jugak mini library... lepas ni leh tambah rak lg... pastu tambah buku lg...
ReplyDeleteBuku yg banyak tu kena la baca, baru dapat ilmunya. Jangan rak buku yg berilmu tapi tuan punya rak sekadar seronok tengok rak, atau menyusun buku bagai nak rak. Anak2ku sekali sekala baca le kitab2 agama dan buku2 motivasi tu. Baca komik dan novel tu pulak biarlah berpada-pada, dan jangan mengada-ngada. Rajin membaca banyak dapat ilmu. Budaya membaca amalan kita !!
ReplyDelete10...
ReplyDeletebuku2 memang bertambah tiap tahun sebab tak miss pegi Pesta Buku kat pwtc tu tapi masalahnya yang dua tiga tahun lepas punya buku pun ada yang tak sempat baca lagi...masa belinya bukan main lagi semangat...pastu duk demo kat rak buku je....huuuu
Betul tu pa...kena try habiskan baca buku2 yang sedia ada tu... ini macam kita duk buat pameran je buku2 tu dekat rak buku...heheh
ReplyDeleteAnaknda pulak duk asyik layan komik dengan novel je... yang nampak berminat sikit nak belek2 buku ilmiah yang ada tu, mama tengok abang je... :)
Waaah seronoknya ada mini library. Gerau kat umah sepah-sepah jer buku.
ReplyDeleteassalamualaikum. kakchik bloghop dari adlindamia. tertarik dengan cerita pasal mini library ni. kakchik memang sangat suka melihat rumah-rumah yang di dalamnya ada mini library. tambah-tambah kakchik minat membaca. melihat makin banyak rumah yang ada library, terasa makin bersemangat meneruskan minat ini. Syabas!
ReplyDeleteGerau...
ReplyDeletebiasa la tu...hehe
kat umah ni pun kalu bab sepah2kan buku sume terer tapi bila sampai bab nak kemaskan balik sume tak berapa terer... :)
Wsalam kak chik...
ReplyDeleteTimakasih sudi singgah pkasih... :)
Memang seronok pulak rasa bila wujudnya mini library yang betul2 mini ni kak chik...hehe
Timbul 'sense of inviting' nak duduk baca buku...
..sebelum ni rak buku saya letak asing2 sana sini...jadi bila dah kumpul duk setempat macam ni, kurang2 rasa ada sudut membaca dalam rumah...alhamdulillah...
Thx ya kak chik :D