Salam pagi Jumaat....
من انا؟
Man ana?? Siapa kita dan ke mana penghujung nya kita?
Jawapannya tidak lain....kita adalah seorang hamba Allah... milik mutlak Allah... yang wajib patuh kepada segala suruhan dan perintah-Nya. Ke mana penghujung kita pula adalah.... pasti akan hanya kembali kepada Allah swt.... Itu kepastiannya.
Persoalan ini mesti selalu diulang2 ke dalam diri kita supaya kita dapat lebih kerap bermuhasabah diri.... koreksi diri agar sentiasa tetap berada di jalan yang betul, benar dan lurus. Sepertimana kata Ustaz Roslan Mohamad di TV9 dalam slot Tanyalah Ustaz jam 7.00 pagi tadi, pengabadian kita kepada Allah mestilah berteraskan kepada (1) ikatan yang kuat melalui ibadah dan (2) kekuatan aqidah.
Sebagai hamba Allah harus dipastikan kita berdiri sebagai insan yang:
- imannya kukuh
- berakhlak mulia
- mengamalkan ibadah secara berterusan
Berkaitan dengan ini teringat pula saya akan pesanan Ustaz Amran dari kelas kami dulu kelmarin (Rabu 23hb Dec.2009) :
- kita makan nasi bukan nasi yang mengenyangkan kita tapi Allah swt yang menjadikan kita kenyang melalui nasi yang dimakan;
- kita minum air bukan air yang hilangkan dahaga tapi Allah yang hilangkan dahaga kita melalui air yang diminum;
- kita makan ubat untuk sembuhkan sakit, bukan ubat yang menyembuhkan tapi Allah yang Maha Berkuasa yang beri kesembuhan.....
Jadi kena sentiasa awasi tutur kata maupun perbuatan supaya segala tindakan kita tidak sampai bercanggah dengan aqidah kita sebagai umat Islam.
Sekian.... Selamat beramal....
Sesungguhnya orang yang beruntung ialah yang sentiasa mengingati mati. Setap detik hembusan nafas kehidupan kita ini mendekatkan kita kepada sebuah kematian yang akan dilalui oleh semua orang miskin kaya tua muda tidak terkecuali. Maka kita hendaklah jelas dan faham siapa diri kita dan kemana penghujung kita? Seterusnya mengambil langkah untuk beramal dan memohon rahmat dan kasihan belas Allah. Supaya penghujung kita nanti di Syurga Allah, insyaAllah.
ReplyDeleteSalam Fzi,
ReplyDeleteSeronoknya sekiranya imam kita sentiasa berada ditahap yang tinggi.
Terima kasih sudi berkongsi ilmu, semoga kita dapat manfaatkannya.
mama??
ReplyDeleteesok ngan luse ade lagi kan kat tv9??
kakak nk tengoklah...
heheheh.. ;)
Papa...
ReplyDeleteBegitulah hendaknya pa, sama2 lah kita cuba teruskan apa2 yang baik tu...moga amal yang sedikit ini diterima Allah...aminn
Wsalam kak ani....
ReplyDeleteBetul tu... best kiranya kalu tahap iman kita maintain je kan kak ani....masalahnya hati ni sentiasa berbolak-balik.... contoh, kadang rindu sangat rasa tak ddan ddan nak bukak quran ngaji tapi malangnya kadang2 dalam sehari tak bukak langsung quran....huuuuu...
Ya Allah tetapkan lah iman kami....aminn
ya kak...esok ngan lusa ada slot Tanyalah Ustaz tu...elok le kalu nak saing duduk dalam majlis ilmu tu ngan mama n papa...make sure lepas subuh tak sambung tidur k... :)
ReplyDelete