Gambar Kenangan Raya 2009


Hari ni baru betul2 dapat relax dan bersantai.

Penat!

...baru lepas clearkan pinggan-mangkuk yang buat mini open-house semalam. Pakat2 mengemas kami anak-beranak. Bukan buat besar-besaran pun...hanya nak rai-kan kawan2 abang je sebenarnya. Sambil2 tu dapat lah jemput empat lima keluarga jiran2 terdekat dan kawan2 rapat. Nak jemput semua memang tak larat, takut takdan dengan juadah yang disediakan. InsyaAllah akan ada mini rumah terbuka lagi... second round untuk rai-kan kawan2 kakak dan Shilah pula. Dalam pada tu boleh lah jemput jiran dan kawan2 lain yang mana2 tertinggal tu.

Rasa relax habis bila dapat duk lepak2 sambil temankan suami menonton tv. Abang dah balik Mahallah Abu Bakar(hostel) dan sekarang masih sedang struggle dengan final exam nya. Kakak duk iron baju untuk balik hostel petang ni. Shilah pula duk tak jauh dari saya, tengah duk godek2 themes baru di handfon barunya.. :)

Tiba2 terpandang meja komputer kosong, takde yang guna. Apalagi, bagi isyarat kat papa nak berganjak ke depan pc pulak...heheh... Belek2 gambar dalam shared document yang anaknda snapkan masa saya tengah sibuk di dapur sepanjang Ramadhan tempohari. Oklah! Elok juga masukkan gambar2 operasi buat cookies di saat2 akhir nak raya tempohari tu. Bolehlah dijadikan kenangan buat FZ Homemade Cookies 2009....hehe

Add Image

Dan ini gambar kenangan anak2 di pagi raya. Ada la juga kami keluar beraya dan turut menerima kunjungan raya... meriah le jugak lebih-kurang. Hari Raya ke empat rumah dah mula sunyi sebab abang dah gerak balik hostel...huuu...


Ini pula sorotan gambar2 sekitar open-house semalam. Kami sekeluarga sangat berbesar hati menerima kunjungan semua yang hadir... Moga juadah raya yang disediakan ok dan dapat memenuhi selera semua yang berkunjung... :))


8 comments:

  1. yg dtg tu sume membe2 samt..
    nazer bwk kete...
    harap2 taon dpn korang dtg lagi ye!

    ReplyDelete
  2. Salam. Bisnes kuih rupanya. Sedap2 makanan tu. Bila boleh berjumpa kita ni ye...

    ReplyDelete
  3. oooohhhh... banyak sungguh kueh raya ek... maju sangat dah ni...

    wat open house kalo makanan x cukup risau gak kan... jemput je la kawan2 yang rapat ek... ada rezeki lebih nanti wat la lagi... jangan lupa jemput lak... hihihihihiiii...

    ReplyDelete
  4. kakak,
    sori mama lupa mention pasal kawan2 kakak yang dtg tu...hehe.. terlupa dengan group nazer nih..hehe

    ReplyDelete
  5. Wsalam Mazuin,
    heheh...bisnes kecik2 je.. Tiapkali musim raya itu la keje nya.. :)

    Jemput lah sekeluarga dtg beraya, boleh jumpa n kenal2...InsyaAllah
    Kalu betul nak dtg, boleh e-mail saya di fzi.pkasih@gmail.com, jgn lupa letak fon no. nnt saya hello
    Thanx :)

    ReplyDelete
  6. 10,
    Alhamdulillah, boleh tahan le maju jugak le bih-kurang...hihi

    Tu la..buat open house stail kecik2 je, takde daya dan upaya nak masak melebihi had sbb takde pembantu rasmi...hehe...hanya kami anak-beranak je
    Jemput dtg beraya 10!

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum....
    kak, ani nak order biskut oat tu 3, nestum 1, chips 3, almond london 3.

    ReplyDelete
  8. Wsalam...
    Rite anie...tqvm...nanti akak antar saing ngan oder Mona...InsyaAllah dalam 3hb/6hb gitu... :)

    ReplyDelete