Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa
Isi lah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia…
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia…
Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isi lah Ramadhan dengan sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isi lah Ramadhan dengan sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa
Jom buat guide-line untuk teguhkan amalan fardhu dan tingkatkan amalan sunat di bulan Ramadhan....
- kunci jam 15 minit awal dari waktu nak masuk dapur untuk siapkan bersahur. Bolehlah gunakan 15 minit itu untuk sekurang-kurangnya solat sunat Tahajjud 2 rakaat dan 1 Witir.
- Antara jam 9.00 - 12.00 tengahari jom lari kejap ambik wudhuk dan solat Dhuha sekurang-kurangnya 2 rakaat. Kalau sempat selaklah sekejap lembaran al-quran, baca surah-surah pendek.... Nak mula dari awal *bermula surah al-fatihah* untuk tujuan nak khatam di sepanjang bulan Ramadhan, itu lebih baik lagi... Bagi yang ada peluang bertaddarus dengan kawan2 di masjid...alhamdulillah itu tentunya lebih membahagiakan lagi...
- Selepas tiapkali keluar dari bilik air ambil wudhuk, dan solat sunat Wudhuk 2 rakaat.
- Solat fardhu di awal waktu...masuk waktu je tinggalkan semua kerja, terus pegi ambik wudhuk dan dirikan solat
- Slotkan masa sekejap untuk baca quran sekurang-kurangnya 1 m/s setiapkali selepas solat Zohor dan Asar *Alhamdulillah sehingga kini saya usahakan juga untuk tetap membaca surah al-Waqiah setiap hari...moga berterusan InsyaAllah*
- Terus-terusan berdoa pada Allah.
- Terus-terusan mengamalkan zikrullah contohnya bertasbih, bertahmid, bertahlil dan lain-lain zikir walaupun ketika tangan sibuk melakukan kerja-kerja di dapur.
- Terus-terusan mengamalkan membaca ayat seribu dinar
- Menyegerakan berbuka puasa bila masuk waktunya.
- Malam selepas Isyak, sangat elok diisikan dengan solat Terawih beserta Witir samada berjemaah di masjid atau buat di rumah sahaja.
- Baca surah al-Mulk sebelum tidur...
selamat berpuasa mama..
ReplyDeletesemoga mama diberi kekuatan utk menyiapkan tmpahan2 bskut raye tu...
Alhamdulillah, istiqamah dalam amalan semoga mendapat nilaian yang berganda2 di bulan yang mulia ini. Jangan bertangguh dalam amal soleh, terus buat. Kelemahan yang sering berlaku ialah planning cantek tapi execution lemah kerana suka bertangguh. Mohon doa pada Illahi semoga di beri kekuatan kepada kita untuk menjalani ibadah puasa yang terbaik kali ini, InsyaAllah.
ReplyDeleteguide-line yg ke-9 tu lah plg excited nk wat...
ReplyDeletekekekekkekee... ;D
mama selamat menunaikan ibadah ramadhan ney...!!
SALAM MAK CIK..
ReplyDeleteHEHEE,INTAN SIHAT ALHAMDULILLAH..
SELMAT MENYAMBUT RAMADHAN MAKCIK =)
Abang,
ReplyDeletePapa,
Kakak...
TQ...Selamat berpuasa kita seisi keluarga... moga amalan hari ini lebih baik dari semalam..
Intan,
Wsalam... Selamat berpuasa juga buat intan ya... belajar leklok moga dapat score dalam sume exam.. hehe... salam kat mama intan ya..