Perihal TAQWA


"Alhamdulillah... kat rumah ada buku tu...."

Saya tersenyum hepi bila nampak buku yang akan ustaz gunakan sebagai rujukan untuk kelas kami *...senang ada buku, balik rumah boleh refer buku.....*

Kuliah mingguan Ustaz Amran minggu ini berlangsung di Surau Al-Bayan. Sebelum memulakan kelas, ustaz memaklumkan pada kami yang sebulan sekali InsyaAllah beliau akan menyampaikan tazkirah dengan merujuk buku "Nasihat Agama dan Wasiat Iman" hasil tulisan
Imam Habib Abdullah Haddad itu. Minggu2 berikutnya akan dijalankan kelas sebagaimana biasa iaitu memperbetulkan tajwid dan mengelokkan bacaan al-quran *..yang sekarang kami masih dalam bacaan surah Al-Kahfi 1 - 7...*.


"Taqwa ialah takut kepada Allah",
.....itu antara intro ustaz semasa memulakan bab pertama iaitu 'Perihal Taqwa.'

  • Bila sebut pasal takut ini, amat berbeza keadaannya antara kita yang takutkan Allah dengan takut kepada manusia.
  • Bila takut pada Allah, kita makin hari makin dekat dengan Allah. Sebabnya, kita akan tingkatkan usaha berbuat amalan sebanyak dan sebaik mungkin kerana takutkan Allah. Kita akan berusaha menjalankan perintahNya dan cuba untuk menjauhi laranganNya atas sebab takutkan Allah. Hasilnya InsyaAllah Allah makin dekat lah dengan kita.
  • Sebaliknya keadaan jadi berbeza contohnya bila kita menyimpan rasa takut pada sesama manusia. Biasanya bila rasa takut pada seseorang, kita sebolehnya cuba sedaya-upaya mengelak dari berjumpa/berkomunikasi dengannya *..kalau tak jumpa pun tak apa....* Akibatnya hubungan akan jadi tambah renggang. Sudahnya, kita makin jauh dari manusia.
  • Oleh itu berpegang teguh lah kita pada tali Allah. Niatkan segala-galanya hanya kerana Allah. Kalau berlaku apa2 kekeliruan atau masalah, jangan berpecah-belah. Sebaliknya pujuk hati kita supaya sentiasa sabar. Terus kembali kepada ajaran al-quran dan sunnah Nabi s.a.w. sebagai rujukan.
  • Biar kita termasuk dalam golongan orang yang berbuat baik sekaligus dapat pula mengajak orang lain pun berbuat baik. Biar kita tergolong dalam kumpulan orang yang tidak berbuat jahat dan dalam masa yang sama turut melarang orang dari berbuat jahat. (rujuk Surah Ali Imran: 102 - 105)

Allah berfirman(yang bermaksud):
"Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguh taqwa
." (Ali Imran: 102)


Ini adalah perintah Allah kepada hambaNya dari golongan kaum Mu'minin supaya bertaqwa, kerana Allah telah kumpulkan di dalam sifat taqwa itu segala kebaikan dunia dan akhirat.


Antara kebaikan itu ialah:
  • Penyertaan Allah dalam pemeliharaan diri kita (Surah Al-Baqarah: 194)
  • Allah akan mengajar kita (Surah Al-Baqarah: 282)
  • Mampu membezakan ketika timbul kekeliruan atau berlaku sesuatu kemusykilan. Juga sebagai penebus kesalahan dan penyuci dosa-dosa (Surah An-Anfal:29)
  • Keselamatan dari api neraka (Surah Maryam: 71 - 72)
  • Terpelihara dari tekanan hidup, rezeki sentiasa datang melimpah-ruah tanpa diduga, sentiasa hidup berlapang dada dan mendapat ganjaran yang besar pula (Surah Ath-Thalaq: 2 - 3) *ayat seribu dinar*
  • Janji akan memasukkan ke dalam Syurga (Surah Al-Qalam: 34)
  • Mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat (Surah Al-Hujurat:13)


Wallah'alam.





---------------------

1 comment:

  1. Alhamdulillah kerana dapat mengikuti majlis ilmu dan berkongsi pula ilmu itu dengan pembaca laman ini sekeliannya. Marilah kita bertaqwa iaitu takut kepada Allah yang akan membawa kita lebih dekat dan rapat dengan Allah, hebat tu. Sesungguhnya tiada yang membezakan kita di sisi Allah melainkan ketakwaan kepada-Nya. Praktikkan apa yg dipelajari itu. Ada percaya? tak cukup tu. Kita kena Yakin !! Itulah iman.

    ReplyDelete