Selepas ke pesta buku hari tu, semua macam tekun membaca je. Pantang ada luang, semua capai buku dan ambil port masing-masing.... hehe
Macam saya hari2 duk belek majalah2 resepi yang dapat semua dengan harga murah hari tu. Semua ada diskaun 20% - 50% sebab termasuk dalam edisi yang lepas2. Tu yang bagus tu kalau dapat luangkan masa pegi pesta buku ni. Banyak benda boleh dapat dengan harga murah. Macam majalah2 ni semua baru out dated 2,3 bulan je. Tapi dah dapat harga diskaun yang untungnya sangat menjimatkan poket kita... hehe
Saya teruja sangat dengan majalah Rasa dan Saji yang dibeli kerana secara kebetulan jumpa yang masakan Thailand dan Pantai Timur. Kedua2nya dah lama nak cari. Jenis-jenis masakan berasaskan sea-food pun ada. Sebelum ini pernah terlintas di hati nak beli buku masakan yang jenis hard hard cover tu. Tapi bila tengok harga....perhhh...tak payah le, mahal sangat rasanya. Jadi bila dapat yang lelong2 macam ni, seronok bukan main...hehe
Jadi selamat membaca lah semua ya... mama suka sangat bila tengok semua pakat2 rajin membaca ni. Papa dah berazam nak khatam baca buku 2 biji setiap bulan... tu yang lepas dinner je terus capai buku sambung baca "Aku Terima Nikahnya" hasil tulisan Ustaz Hasrizal tu.... Saya pun baru tengah baca intro buku ustaz yang ketiga bertajuk "Rindu Bau Pohon Tin". Nak berlumba dengan papa untuk khatam secepat mungkin... :)
Moga-moga semangat membaca ini selalu membara dan jadi salah satu rutin dalam usaha menambah ilmu di dada. Bila kita membaca ni, banyak benda yang tak tahu jadi tahu. Minat membaca sesungguhnya dapat meluaskan pandangan kita, mencernakan minda, mampu mengungkapkan ucapan yang berhemah, melahirkan gaya penulisan yang kreatif dan macam-macam lagi kebaikannya.
Ingat ya slogan kita, "Buku Memperkaya Minda"...... :)
yeah mai la kita pakat membace sume ye...membace ni sgt memperkaya ilmu..xkisah la walau pon komik pon..hehehehe...
ReplyDeleteHmmm.... betul la tu... hehe
ReplyDeleteSapa2 nak tengok koleksi komik anak saya ni sila lah klik blog 'amir acap' ni... :)
Baca jangan tak baca. InsyaAllah satu hari nak menhasilkan buku hasil karya sendiri pulak. Sama2 lah doakan ye...he he.
ReplyDeleteGud luck hehe... moga impian menjadi realiti :)
ReplyDeletebestnya dpt baca buku baru beli.. nak pergi tapi tak berkesempatan..
ReplyDeleteStrozze... sempat lagi kalau nak pegi, esok last day. Lari la kejap. Kalau takdan jugak nampak gaya kena tunggu tahun depan.. :)
ReplyDelete