Berkejaran di jalanan
Jam 11.30 pagi: Bergegas ke Kuala Kubu dengan papa dia untuk ambil kakak. Dalam telefon semalam lagi kedengaran suara kakak dah lain macam. Demam le tu... Sebenarnya dari minggu lepas lagi tak berapa sihat, ditambah pula dengan jadual rehearsal yang padat untuk persiapan debat hari tu, lagi la tak kebah demam.
Walaupun dalam tak sihat sangat, kakak gagahkan diri juga untuk mengharungi pertandingan debat di Sambest, seterusnya di Samtaj dan kemudian penutupnya di Sg. Buaya. Di Samtaj hari tu keputusannya jatuh di tempat ke 2. Alhamdulillah syukur. Itu merupakan pertandingan Amal Islami antara sekolah2 agama. Manakala di Sg. Buaya pula merupakan pertandingan peringkat daerah melawan sekolah menengah kebangsaan di kawasan Hulu Selangor.
Jadi begitulah berakhirnya kisah debat kakak. "Tahniah kak, walau pun tidak dapat merangkul anugerah Johan namun mama bangga sebab kakak dapat pengalaman yang berharga dengan penglibatan kakak dalam acara tersebut."
Berbalik kepada cerita saya ke Kuala Kubu tadi, mula2 sekali memecut ke library awam untuk hantar buku2 yang dipinjam tempohari. 11 biji je yang dihantar, yang lagi 4 sambung tarikh baru. Seronok bukan main dapat pinjam lagi buku2 bermutu termasuk lah 1 buku pasal orkid, buku tentang herba, buku tanaman menjalar dan buku resepi makanan barat. Emmp... hepi nyerr...
Jam 12.45 tghhari: Masuk entrance sekolah kakak. Papa perlahankan kereta sebab bertembung dengan pelajar2 lelaki yang berpusu2 keluar untuk ke masjid solat Jumaat. Sesampai di pondok gazebo yang paling hujung, nampak kakak dah siap menunggu. Sugul saja wajah anakku...kesian....
"Camane demam kak?", kami silih berganti bertanya. "Hmmm.... ok sikit...", jawab kakak dengan nada yang kurang ceria... kesian anakku...
Papa terus singgah ke stesen Petronas belikan 100 Plus, snickers dan panadol buat kakak. "Makan sikit buat alas perut tu then telan panadol k, kak!", kata papa.
Jam 1.30 tghhari: Sampai rumah, papa terus bersiap nak ke masjid. Terlewat sikit lah hari ini. Abang dah siap tunggu dengan baju melayu. Shilah dah siap dengan uniform pengawasnya. Saya terus masukkan burger yang abang tolong masakkan tadi ke dalam tupperware buat lunch shilah. "Makan dalam kereta je ya anakku, tak sempat dah."
Lepas drop papa dan abang di masjid, saya dan shilah terus ke Buletin bookshop untuk binding kerja kursus shilah. Kena RM5 termasuk alas plastik tebal depan dan belakang...
Singgah beli daging burger Ramly(ayam) sebab tadi abang goreng ngam2 cukup untuk shilah saja 2 keping.
Pusing kereta singgah beli jambu asamboy untuk 5 beranak RM5 @ 5 plastik dan air jambu 2 gelas RM3 ... Terus asingkan siap2 buat kakak 1 gelas air jambu dan 1 plastik jambu...
Hantar shilah ke sekolah, dan terus menuju ke masjid nak ambik papa dan abang balik Jumaat. Bersesak-sesak dengan orang ramai yang baru keluar masjid. Tapi senang pusing kiri kanan sebab semua bagi laluan bila tengok lady driver... :)
Jam 2.30 ptg: Selamat balik ke rumah dan kalau ada yang nak ajak keluar lagi memang dah tak sanggup dah....alahai...
No comments:
Post a Comment