Mula2 sekali pegi hantar Shilah untuk acara berbalas pantun di sekolahnya. Papa dia sempat singgah di stesen minyak dan belikannya roti krim buat alas perut pagi tu. Majlis tu tak jemput ibu-bapa, hanya penyertaan para pelajar sahaja.
Lepas selamat hantar Shilah, kami pun pusing kereta singgah ke warung nasi lemak untuk bersarapan sebelum bertolak ke Kuala Kubu Bharu. Tadi tak sempat nak breakfast kat rumah, so 'kita minum dulu...' Nak kena pegi Kuala kubu hari tu untuk menghadiri Majlis PIBG di sekolah kakak, SAMT kkb. Yalah, kakak dah form 5 sekarang ni, rasanya agak patut lah kami pegi sempena tahun penutup kakak belajar kat sana.. :D
Sambil makan banyak le juga cerita yang dibualkan. Yalah sementara nak habiskan makanan tu, macam2 kisah timbul. Tiba-tiba saya teringat nak cerita pasal satu e-mail yang baru saya dapat sehari sebelumnya. Nak tau sama kisahnya? Camni...
> Sewaktu si mamat dalam perjalanan menaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,
> "Anak nak ke mana?".
> Si mamat menjawab ringkas, "KL"
> Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.
> Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya.
> Sebaik menghampiri Pagoh,orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Nak buat lawak lah orang tua ni. Nak bagi aku kaya
> pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor agaknya. Atau nak menguji aku?"
> Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak"
> Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si... mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.
> Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"
> Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana".Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.
> Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.
> Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab.... .
> "Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.. .....
>
> ______________________________
>
> hehehe.. lain kali kalau org tanya nak kaya tak? tanya dulu brand apa tau!
Hahaha... papa tergelak besar lepas dengar cerita saya...hehe... saya perasan orang kiri kanan yang makan di meja berhampiran pandang2 dekat kami. Tapi papa buat dak je malah terus tertawa. Hmm... bahagianya rasa hati dapat buat suamiku tertawa pagi tu....hehehe..
saya nak kaya!
ReplyDeletesaya nak!
saya nak!
ok maksu, cakap je nak brand apa.. nak yeos tu jugak ke...haha
ReplyDeleteAssalamualaikum fzi,
ReplyDeleteHa..ha..nak..nak kaya.
Masa di Uk dulu, kak Roza terpaksa belajar buat kaya ni dari kakak senoir sebab mengidam.
Wsalam...
ReplyDeleteOOhh tq kak roza sudi singgah blog saya. Tqvm k..
Kalau kak roza free bole tengok entri saya yang 2008(11/4/08) tajuk "Panggilan Baitullah" yang mengisahkan camane saya mula-mula dapat buku "Travelog Haji" tulisan prof.
salam fzi....salam ziarah, seronok saya baca blog sedari...er..akak la kiranya sbb anak2 pon dah besar panjang kan? saya ni anak sulung pon baru darjah 2...saya jumpe blog akak ni dekat Kelantan Bloggers
ReplyDeleteWsalam mrs mokhsin...
ReplyDeleteThx k singgah pkasih..
Baru je join Kelantan Blogger tu, hsbd yang rekemen. So selamat berkenalan deh!