Amalan sunat


"Kalau nak dapat markah lebih, kenalah cuba buat benda-benda yang sunat sama, jangan tau buat yang wajib je", tiba-tiba suami saya bersuara memecah sepi.

Waktu itu saya dan suami sedang menemani anak kami Shilah yang sedang sibuk fokus buat homeworknya di ruang makan.

Saya yang ketika itu sedang meneliti kitab Riyadhus-Shalihin segera mengangkat kepala.

"Ha ah betul tu pa", saya mengiakan kata2 suami.

"Contohnya instead of kita just solat fardhu je tiap-tiap kali masuk waktu, why not kita buat Kobliah dan kemudian selepas selesai solat fardhu kita buat pula Baadiah. At least kalau kita buat solat solat sunat ini InsyaAllah boleh cover kekurangan yang mungkin saja ada dalam solat fardhu kita. Cuba istiqamah buat 2 rakaat dulu biar tetap dan konsisten, lama2 baru buat 4 rakaat pula. Contoh Hj Tahir jiran kita tu, last year kat surau papa perhatikan dia istiqamah buat 2 rakaat Kobliah dan 4 rakaat Baadiah, tapi tahun ni nampaknya meningkat jadi 6 rakaat Baadiah",sambung papa dengan panjang lebar.

Shilah yang sedang sibuk menyiapkan homework Sains nya pun turut mendongak tanda makin berminat dengan cerita papa. Melihatkan keaadaan itu, mata papa terus beralih pada Shilah.

"Ha, Shilah.... papa rasa Shilah kena teruskan balik amalan yang Shilah selalu buat dulu", papa berhenti seketika menunggu reaksi Shilah."

"Apa dia pa?", balas Shilah cepat.

"Ya lah, kan Shilah dulu, tiapkali nak masuk tandas baca doa, keluar tandas baca doa, naik kenderaan baca doa, nak study baca doa, nak ngaji quran baca doa... ni tidak, sekarang ni papa tengok Shilah baca doa time nak makan je, tu pun mama yang nak kena remind", keluh papa pada anaknya yang sorang ni.

Shilah hanya tersengih-sengih tanpa sebarang kata.

"Ok lah mulai hari ini kita try buat semua benda2 sunat tu balik. Contoh semua yang papa cakap tadi k Shilah!", saya menambah cuba untuk meredakan suasana.


Begitulah lebih-kurangnya sesi perbualan kami semalam. Memang jika di pelajari dari hadis-hadis Rasulallah saw pun banyak mengajar kita dalam menitikberatkan perkara-perkara sunat dalam kehidupan kita sehari-hari. Bukan hanya tertumpu pada ibadah tertentu sahaja namum merangkumi banyak perkara lain seperti contoh-contoh tadi. Jika kita sentiasa mengingati Allah dalam semua pergerakan kita dengan membaca "Bismillahirrahmanirrahim" sekurang2nya, amalan itu sudah menjadi satu ibadat. Jadi dengan kita menambahkan sebaris doa lagi selepas bacaan basmallah itu moga-moga akan lebih mendatangkan berkat dan rahmat dari Allah terhadap apa yang kita lakukan.


Contoh air yang kita hendak minum, ada fakta yang mengatakan bahawa ahli2 sains telah menemukan bukti tentang air yang apabila diperdengarkan ayat-ayat suci al-quran adalah berbeza dengan yang diperdengarkan musik2 hiburan yang melarakan. Struktur air yang di bacakan ayat2 suci al-quran sangat cantik sekali amat berbeza dengan air yang satu lagi. Apabila dilihat pada air zam-zam pula, struktur airnya yang memang sediakala cantik makin bertambah cantik lagi bila di bacakan ayat-ayat suci al-quran. Subhanallah...itulah kelebihannya mukjizat Allah swt.

Maka eloklah kita mula melakukan perkara-perkara yang sunat ini dari small small matter dulu. Cuba konsisten sedapat mungkin. Misalnya mengamalkan doa-doa sebelum melakukan sesuatu perkara itu, sebenarnya amat simple dan tidak lah menyulitkan sama sekali. Jangan tunggu lagi, jom mari kita mulakan!


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulallah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya pertama-tama amalan yang seseorang itu dihisab dengannya ialah Solatnya, maka jikalau baik solatnya itu, sungguh-sungguh berbahagialah dan beruntunglah ia dan jikalau rosak, sungguh-sungguh menyesal dan merugilah ia. Jikalau seseorang itu ada kekurangan dari sesuatu amalan wajibnya, maka Tuhan Azzawajalla berfirman: "Periksalah olehmu semua -hai malaikat, apakah hambaKu itu mempunyai amalan yang sunnah." Maka dengan amalan yang sunnah itulah ditutupnya kekurangan amalan wajibnya, kemudian cara memperhitungkan amalan-amalan lainnya itupun seperti cara memperhitungkan amalan solat ini." (HR Imam Termizi)


No comments:

Post a Comment