Dari Mana, Untuk Apa dan Ke mana
Sebagaimana tazkirah yang disampaikan oleh tok guru, kita kenalah selalu ingat 3 perkara.. iaitu dari mana kita datang, untuk apa kita berada di dunia ini dan ke mana kita akan pergi selepas ini...
Itu lah 3 perkara yang tok guru sering mengingatkan dalam mana2 kuliah/tazkirah beliau untuk kita sentiasa bermuhasabah diri tentang kehidupan kita di dunia hari ini.
Kunjungan saya ke rumah salah seorang teman sempena jemputan rumah terbuka Hari Raya, telah mencetuskan satu perasaan yang luar biasa dan wujudkan satu getaran di dalam jiwa. Aya telah menceritakan satu pengalaman yang secara otomatik membuat saya teringat akan kata2 tok guru tadi. Aya yang pada pandangan saya seorang yang low profile pada asalnya merupakan seorang kawan yang saya kenal semasa kami sama2 mengikuti kelas bergerak Ustaz Fauzi satu masa dulu. Kami bukan saja ikut kelas ustaz di Masjid As-Salam malah turut menghadiri kelas berbayar yang dikendalikan ustaz untuk sesi kelas pengajian al-quran.
Namun saya dan Aya di waktu itu hanya kenal-kenal gitu saja tidak lebih dari kenalan sebagai kawan sepengajian. Nak dijadikan cerita, kebetulan anak saya dan anaknya bersahabat baik.. jadi bila anak saya jemput kawan2 nya dalam beberapa gathering di rumah kami, ada di antaranya turut membawa keluarga masing2 bersama. Bermula dari situlah hubungan saya dan Aya boleh dikatakan agak baik bila dah saling kenal mengenal masa jumpa2 tu.
Aya setiap hari membuka gerai meniaga sarapan pagi di kawasan taman perumahannya. Menariknya, rutin beliau memang penuh setiap hari dengan paginya meniaga, habis meniaga pegi mengaji dengan Ustaz Fadhil di surau berdekatan rumah. Petangnya sekali seminggu ke kelas pengajian Ustaz Amran di masjid As-Salam(saya dah lama ponteng sejak ketiadaan Ustaz Fauzi yang berpindah ke tempat lain), dalam pada itu sempat menyiapkan segala yang perlu untuk jualan esok pagi seperti siang2 bawang, mesin cili, perap ayam dan sebagainya. Itu tak termasuk masa untuk pegi latihan marhaban di mana beliau adalah salah seorang ahli marhaban bagi group kawasan perumahannya. Malam pula 2 kali seminggu mereka suami isteri meluangkan masa ke surau Taman Bunga Raya yang jauhnya dalam 12km dari rumah untuk mengaji, ikut kelas Ustaz Amran. Balik dari surau beliau masuk dapur sambung masak bahan2 yang telah disiapkan sebelum ke surau untuk persiapan meniaga pagi esoknya. Pada malam2 yang tidak ke surau pula, Aya mengisi masa dengan mengajar anak2 jiran dalam 10 orang mengaji al-quran.
Fuhh....mendengar cerita beliau, saya jadi terpampan tidak terkata. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana Aya boleh membahagikan masa membuat semua perkara di atas setiap hari. Sedangkan saya yang turut sama buat kerja2 yang memenatkan di dapur untuk bisnes frozen food dan cookies pun dah rasa 'busy habis' malah rasa tak sempat nak lari keluar sekejap untuk hadir ke mana2 majlis ilmu yang selalu ada di sekitar bandar perumahan kami.
'Saya kena strok satu hari tu semasa sedang meniaga'. Itulah kata2 Aya yang memberi semacam satu jawapan kepada teka-teki yang bermain di fikiran saya di waktu itu. Aya menceritakan bagaimana dia tiba2 menjadi lemah separuh badan bermula dari atas kepala sampai ke kaki semasa berniaga di satu pagi. Bibir mula jadi senget sebelah dan selepas itu terasa separuh badan tadi tidak dapat berfungsi lagi dan jadi semacam lumpuh. Kejadian ini mengejutkan mereka sekeluarga kerana beliau sebelum ini tidak pernah mengalami sakit2 seumpama itu selain dari hanya demam2 biasa. Beliau sekeluarga segera berikhtiar berubat secara kampung dan syukur alhamdulillah dengan izin Allah, Aya beransur-ansur pulih dan akhirnya kembali sihat seperti biasa sehingga ke hari ini.
Kata beliau, selepas kejadian itulah, bermulanya episod beliau cuba memanafaatkan masa sepenuhnya secara lebih padat dan agresif. Masanya terisi dengan jadual kerja yang berbagai di mana beliau bukan saja turut membantu dalam mencari rezeki tambahan untuk mereka sekeluarga malah berusaha dalam mencari dan menambah ilmu di dada. Beliau dengan wajah ceria mengucap syukur kerana merasakan berhasil mendapat banyak ilmu bila mana menuntut ilmu dari para ustaz yang berbeza. Dah lah dapat pegi belajar, dapat sampaikan pula ilmu yang bermanafaat melalui effort nya mengajar mengaji anak2 jiran berdekatan. Hasilnya beliau kini merasa lebih sihat dan hati juga lebih tenang di tambah dengan kemurahan rezeki yang dikurniakan Allah kepada beliau sekeluarga.. Alhamdulillah.
Selagi hayat di kandung badan selagi itu lah kekuatan untuk meraih semua keuntungan mesti ada di dalam hati setiap dari kita. Keuntungan yang di maksudkan bukan sahaja dari segi material dan wang ringgit namun yang utama dan mesti dijadikan prioriti ialah keuntungan untuk meraih cinta dan redha Allah. Berhempas pulas mencari rezeki mesti ada keseimbangan dengan usaha menambah ilmu dengan cara apa sekalipun.
Pertemuan singkat kali ini telah menyuntik semacam keazaman untuk diri meningkatkan amal sebanyak mungkin selagi diri masih sihat dan mampu bernafas di mukabumi Allah ini. Kisah ini menyedarkan saya tentang suatu nilai murni yang tidak dapat dicari/di baca di mana2 kedai buku/perpustakaan. Ini adalah kisah benar dan elok dijadikan teladan untuk menghargai nikmat kesihatan badan dan kelapangan masa sebelum ianya terlambat dan terluput waktunya(expired).
Sebelum ini banyak cerita yang kita dengar tentang orang-orang yang ditimpa penyakit kemudian telah terlantar dengan badan yang sudah tidak bermaya lagi. Di saat itu barulah menginsafi dan mengerti tentang besarnya ke dua-dua nikmat yang telah selama ini disia-siakan. Namun apalah yang dapat dikatakan lagi... bila sampai saat kita ditimpa sakit, kita tidak lagi berpeluang untuk bangun mengerjakan solat, mulut tidak mampu lagi untuk membaca al-quran dan bibir tidak lagi berupaya melafazkan zikir. Oleh itu nasihat untuk diri sendiri, suami, anak2, keluarga jua kawan2, jom kita rebut peluang yang masih ada sebelum nasi sudah menjadi bubur.
Sebagaimana hadis Nabi saw...daripada Abdullah bin Abbas ra berkata: Rasulallah saw bersabda: "Ada 2 macam nikmat yang selalu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia, iaitu nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa.' (H.R. Bukhari)
Kesimpulannya, kita boleh relate kan kebesaran kedua nikmat ini dengan kata ungkapan tok guru iaitu 'dari mana kita datang, untuk apa dan ke mana kita selepas ini.' KETENTUANNYA kita semua dijadikan oleh Allah, berada di muka bumi ini tujuannya tidak lain hanyalah untuk bertaqwa serta beribadat kepada Allah dan kita semua dalam perjalanan menuju ke negeri akhirat untuk bertemu Allah swt.
Semoga kita belum terlambat.
Wassalam.