Antara Ilmu dan Harta

Saidina Ali r.a pernah di tanya, "Antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?"
Dengan tegas Saidina Ali menjawab, "Ilmu tetap lebih penting dari harta kerana:
  • ilmu adalah peninggalan para anbia sedangkan harta adalah peninggalan Firaun, Qarun dan konco-konconya
  • ilmu memelihara kita tetapi harta terpaksa dipelihara
  • harta akan berkurang apabila dibelanjakan sebaliknya ilmu akan bertambah
  • orang yang mempunyai harta akan dihisab, tetapi ilmu dapat memberi pertolongan kepada tuannya di akhirat nanti
  • harta akan menjadikan seseorang itu keras hatinya sebaliknya ilmu adalah sebagai penawar dan penerang kegelapan hati
  • manusia kadang-kadang menjadikan harta sebagai raja tetapi ilmu menjadikan manusia lebih mengakui kedaifan dan kehambaan kepada Allah
  • orang yang berharta kadang-kala digelar bakhil tetapi orang yang berilmu akan dimuliakan
  • harta lama-kelamaan akan binasa tetapi ilmu kekal abadi
  • jika banyak harta banyaklah musuh sebaliknya akan banyak rakan dan taulan jika banyak ILMU.. "

Wallahua'lam.