Renungan pagi

Ada satu sesi tazkirah pagi di radio yang kebetulan saya dapat fokus mendengarnya. Kebetulan waktu itu tengah relax... breakfast belum lagi dan kerja rumah pun belum stat buat lagi. Semoga ilmu yang disampaikan ustaz di pagi itu dapat kita kongsikan bersama..

Isi tazkirah:
Syukurlah kerana masih diberikan nikmat, diberi kembali nafas, diangkat sebentar nyawa kita setelah di matikan pada malam tadi. Pagi ini kita kembali boleh keluar bekerja, keluar menuntut ilmu dan sebagainya.
Syukurlah kerana dihiaskan kehidupan dengan rumah tempat untuk berteduh, diberi nikmat punya kenderaan serta berbagai nikmat lain seperti rumahtangga dan kasih sayang. Nikmat yang paling agung ialah nikmat Iman dan Islam maka zahirkanlah rasa syukur kita ke hadrat Allah swt.

Bersyukurlah kerana kesyukuran ini akan mendorong kita untuk lebih hampir pada Allah. Cara untuk kita lebih hampir kepada Allah ialah kenalah tingkatkan amal. Semoga amal kita hari ini lebih baik dari kelmarin.

Ibadah datang dari Allah. Oleh itu kena buat ibadah mengikut syarat.
Contohnya di dalam ibadah solat, syarat sah solat ialah:
  1. perlu dilakukan dalam waktunya(tidak sah solat kalau belum waktu/diluar waktu)
  2. perlu seseorang itu suci terlebih dahulu. Kalau berhadas besar kena mandi wajib dulu. Allah tidak akan menerima sembahyang tanpa bersuci dari hadas kecil dan besar.
  3. seseorang yang sembahyang perlu dirinya, tempat sembahyang dan pakaiannya suci.
  4. perlu menutup aurat.
  5. perlu mengadap kiblat. Palingkan wajahmu ke arah Masjidil Haram.

Kelima2 syarat itu adalah perkara yang perlu dipelihara sebelum melangkah untuk solat. Syarat yang betul digabungkan dengan rukun yang betul digabungkan dengan kusyuk ketika solat akan hasilkan solat yang sempurna.

Sebagai kesimpulannya solat hendaklah dijaga kerana solat itu merupakan tiang agama. Barangsiapa yang kusyuk dan menjaga tertib2nya serta keperibadian dalam solat akan mewujudkan solat yang sempurna. Ingatlah bahawa urusan sembahyang adalah perkara yang pertama akan ditanya oleh Allah swt di akhirat kelak.

Wallahu'alam.